Carian

Wah~memorial beb!!

Salam.

Tak terase pun sebenarnya dah masuk tahun baru.Dah empat hari pun. Mane taknye kalau buat pertama kalinya dalam hidup aq, tak merasa cuti dalam bulan 12.Haha. Cepat masa berlalu. Masuk awal tahun, adik-adik aq semuanya nak mendaftar sekolah.Paling aq terasa terkejut, T-rex dah upper form, Maban dan naik form 1. Dua orang kembar kini dah membesar. Haha. Bile tengok Maban, aq teringat masa hari pertama dia sekolah drjah satu. Comel betol adik aq yang sorang ni.(tngok kakak la…. prasan gile.)

badge.samten

Maban masuk SAMTEN, sekolah aq dulu. Mase pendaftaran aq datangla. Wah, sangat-sangat memorial kot!!! Sampai aje kat sekolah, first person yang ade dalam fikiran aq adelah MATOR! Tanpa sebarang keraguan, aq terus call dia. Lantaklah kedit aq banyak mana. Penat aq menyuruh Mator meneka, dia masih tak dapat meneka. Akhirnya aq bagitahu yang aq ade di tempat perkenalan kami.(wah, romantisnya). Memang terus dia menjeritla. Last time kami datang tahun 2009 bulan mac, ade reunion. Itupun SAMTEN tak semacam sekarang. Haha.

rgstr.samten

Aq tidaklah popular kat SAMTEN dulu, cuma suka berborak dengan pak cik kantin dan isterinya : Pok Dek dan Mok Dek. Hehehe. Pok Dek memang kenal sangat-sangatlah aq ni. Sebab mase aq jage barisan kantin, aq suka berborak dengan dia. Pok Dek pula ade aje cerita yang dia nak cerita. Memang bestla borak dengan Pok Dek. Habis waktu sekolah pun, mase menunggu van (form 1), borak juga dengan dia. Kadang-kadang dengan Mok Dek. Kalau dengan Mok Dek, alamatnya, kecek kelate laa…. hahaha. Mok Dek meme oghe kelate un. Sokmo gok aq mintok nasi kerabu. (my favourite) Hehehe. Mengade-ngade. Aq masuk je kantin tu, dari jauh Pok Dek dah nampak aq. Hahaha. Bertanya khabarlah kami. Mok Dek pula sengaje nak bermanje dengan aq. Dia kate aq datang terus jumpa Pok Dek. Tak jumpa dia dulu. Hahaha.

kntin.samten

Dah jumpa Pok Dek nampak la pula junior aq. Tahun 2008 diaorang form 2. So, sekarang ni form 5 dah. Bila nampak diaorang, aq terpikir satu benda je. Cepatnye mase berlalu. Dulu mase aq mula-mula kenal diaorang, diaorang ni kecik2 je, tak matang pun lagi. Hahaha. Kelakar betul. Tak sangka aq dah semakin membesar. Angka dalam usia aq pun tak lama lagi dah jadi makin besar. Wah!!! Takutnya!! Diaorang tengok aq pun siap boleh cakap aq ni memang dah nampak matang. Aq matang? Wakakakaka.

dtrn.samten

Siap tengok kelas Maban ape semua. Baba kata mahu makan. Oklah. Pergi kantin. Jumpa Pok Dek lagi. Kali ni aq kenalkan Maban kat Pok Dek. Hehehe. Ngade-ngade. Lepas tu Baba pun ambil lauk yang ade. Bajet nak makan 3 orang. sekali makan dua orang je. Hahaha. Sebabnye aq jumpa dengan cikgu aq. Hehehe. Aq saje je main mata dengan cikgu, lepas tu cikgu tu tengok je aq. Aq datang dekat. Dia pun cakap, “muka awak ni saya kenal sangat. awak ni pelajar saya ke?” Aq pun menyengihla sambil berkata' “sayalah cikgu. Asma. cikgu ajar saya KHB dulu. ala saya selalu tolong cikgu kat asrama jual nasi.” memang cikgu terus ingat balikla. macam soalan aq kena. hahaha. tak pe. enjoy layan cikgu. tak lame lepas tu, datang pula cikgu lelaki yang mase zaman aq dia cikgu kokurikulum dan sekarang ni gpk. reaksi yang same, dia cakap muka aq ni dia kenal sangat. haha. apalagi tangkap borakla dengan dia. mase aq dulu-dulu pun suka borak dengan dia. enjoy. dia siap bagi pesbuk dia kat aq. hahahaha. cikgu lain yang rapat dengan aq tak jumpa pun sebab cikgu yang ade semua cikgu untuk form 1 dan banyak cikgu baru.

 

 

 

 

 

p/s: jangan sekali-kali pun sombong dengan cikgu tau! tu je. hehe.