Carian

Awal sangat ke …..

Salam

Post kali ini adalah kesinambungan daripada post Kahwin??? dan post Masa Depan. Aku pernah cakap dulu cerita pasal kahwin akan aku update dari masa ke masa mengikut mood aku. Bukan mood miang nak berkahwin ke apa, tapi mood nak tahu pendapat orang. Setakat ni, dah ramai kawan-kawan yang aku tanya berkenaan hal ini. Alhamdulillah, banyak nasihat dan pandangan yang aku dapat. Tak lupa juga kat kawan yang memang banyak bagi idea-idea untuk aku menulis kat blog yang tak seberapa serinya.

Lepas diskusi dengan kawan yang seorang ni, banyak persoalan yang tak terjawab dan masih tergantung. Memang pada dasarnya sebagai pelajar, dengan usia setahun jagung dan memang masih cetek pengalaman, aku akui, belum sesuai dan bukannya orang yang sesuai untuk aku utarakan benda perihal kahwin, tapi, saat duduk menuntut kat negara asing yang bukan negara Islam tambah dengan cabaran yang berbagai, memang terlintas dalam perkara pasal benda yang orang kata remeh ni.

Senarai soalan-soalan yang ingin aku tanyakan,(sikit je dulu)

1) Kahwin awal (tengah belajar) menghancurkan harapan ibu ayah ke?

2) Kahwin semata-mata untuk jadi raja sehari je ke?

3) Masa depan tak ada jaminan ke kalau kahwin awal?

4) Memang biasanye kahwin tu mula-mula je ke yang seronok?

Yang nak jawab, sila kan jawab. Tidak ada jawapan yang betul dan jawapan yang salah. Aku pun tak nak marah sesiapa atas sebarang jawapan yang menyindir atau menyinggung perasaan. Hal sebegini bergantung kepada pendapat masing-masing. Lain manusia, lain pandangan dan lain sudut perspektif yang dia nampak. Yang bujang. yang berpunya, yang dah beranak-pinak, semuanya dibenarkan. Hehe. Pengalaman hidup bermacam-macam. Nak kongsi pun tak ada masalah.

Mungkin ada yang berfikiran aku gatal-gatal dan mengada-ngada post benda pasal kahwin ni sebab tengok senior la, ikut orang la, dan macam-macam lagi la. Semua orang ada tanggapan masing-masing. Alang-alang dah bercerita pasal kahwin, ada dua link aku nak kongsikan. Yang nak click, silakan click, tak nak, tak payah. Tak penting pun.

Nikah Khitbah: Tiket Untuk Bercouple

Antara persoalan kahwin awal

 

Ada pula dua tiga hari lepas, aku tengok cerita jepun (Hana Yori Dango Final je pun~) kalau ada yang tengok jalan cerita movie tu betul-betul dan cari mesej yang nak disampaikan dari cerita tu mesti faham apa yang bakal aku sampaikan. Dalam cerita tu menceritakan tentang dua pasangan yang bakal berkahwin. (Kita tolak tepi hakikat yang mereka ni non-muslim dan scene-scene yang tak sesuai bagi kita, kay?) Dalam movie ni memang diselitkan macam mana mereka nak menjaga satu amanah yang diberikan oleh ibu si lelaki kepada bakal menantunya. Kepercayaan, tanggungjawab atas satu sama lain dan macam-macam moral value yang kita boleh dapat. Tapi konklusi yang paling mudah aku boleh bagi ialah, kahwin bukan perkara yang temeh dan bukan semata-mata atas nama besar mana majlis kahwin pasangan tu atau mahal mana mahar yang dibayar atau sweet mana couple tu masa bercintan-cintun dulu tapi kahwin adalah tanggungjawab dan komitmen dan tak lupa bagi kita yang Muslim, ianya satu sunah. Nak kahwin bukan untuk sehari tapi untuk sampai ke anak cucu (kalau jodoh berpanjangan). Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk duit kita banyak mana tapi untuk sama-sama bina keluarga yang diredhai Allah. Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk cintanya kita kat orang tu macam mana tapi  untuk mendapatkan kasih sayang Allah.

Kalau ikutkan perasaan memang aku dah lama miang menggatal kahwin (macamlah ada calon). Tak adalah, cakap pasal kahwin dengan usia semuda aku, memang buat aku berfikir kalau ada yang nak bercinta dengan aku sekarang, baik kahwin dengan aku. Tapi diskusi dengan kawan-kawan buatkan aku terfikir banyak benda. Kahwin. Sebut memang senang tak macam perkataan rusia yang sampai tersembur air liur nak menyebutnya, tapi makna dan maksud dia tu tak sesenang menyebut. Kawan aku ada je yang tanya, cakap-cakap kahwin, sedia ke nak jadi isteri? Sedia ke nak berpisah dengan mak ayah? Sedia ke nak spend time dengan suami nanti? Dan banyak lagi. Ye, aku tahu. Memang tak penting langsung. Baik aku selesaikan soalan physic yang lecturer bagi ke soalan matan ke soalan kimia.Banyak lagi benda yang lebih penting untuk aku fikirkan, ye dok?

(Mesti pening dengan aku, kejap macam gatal nak kahwin kejap macam tak nak kahwin~cik kak, pilih satu la)

Haha. Jujur jauh dalam sudut hati ni, memang aku nak. (Tunggu calon je)  Tapi masih banyak persediaan yang perlu aku sediakan, masih banyak sudut diri aku yang perlu aku betulkan.

Memang orang kata kahwin awal ni macam terburu-buru. Yang pergi buat majlis dalam keadaan terburu-buru tu sape suruh? Rancang awal-awal. Buat semua jadi teratur dan tersusun. Yang paling penting sekali tolak tepi la sume yang mengarut-ngarut dalam adat perkahwinan. Macam bersanding, ada hantaran berbalas-balas, dan segala yang macam sekadar makan duit yang tak jamin pun kebahagiaan perkahwinan. Ikut rukun nikah dalam Islam dan tunaikan yang wajib. Tak jadi masalah kan? Hehe. Kalau siapa-siapa yang baya aku memang dah plan nak kahwin, pesan aku, jimat-jimat belanja dan mudahkan kerja mak ayah bila nak kahwin. Yang nak kahwin kome, bukan depa. Ye dok?

Kahwin awal ni, ibarat mencegah maksiat daripada mengubatinya. Kalau dah berpenyakit nanti, susah pula nak mengubatinya. Nak mencegah pun kena kaji dulu, kena teliti dulu. Maksudnya, bukan nak bercinta je kahwin terus. Idok la gitu. Minta petunjuk Allah dulu. Istikharah, hajat. Doa kat Dia. Kalau memang ini jodoh kita, minta mudahkan urusan. Daripada nak couple sana sini, pergi dating la, baiklah kahwin. Daripada cipta fitnah baiklah orang sangka baik.

Pesan seorang senior kepada aku, nak kahwin awal ni bukan sebab gatal tapi nak jaga hati. Kita sebagai Muslim, yang ada pendidikan pun tahu kan tentang bab hati dan perasaan ni? Allah dah kurniakan perasaan tu. Janganlah kita pula nak cemarkan dia. Daripada dok main rindu-rindu kat boypren yang belum tentu jadi suami tu baiklah rindu kat suami. Dapat pahala, hati pun senang, tak ada nak gelisah tak tentu hala. Jujur aku cakap, bila rindu kat orang yang bukan suami, terdetik dalam hati tu rasa berdosa sangat. Baru dosa hati. Aku pernah lalui saat tu dulu. (Cakap macam dah ada suami je). Tak lah, dengan adanya didikan agama dari sekolah dulu, aku tahu rindu pada ajnabi tu salah dalam agama. Sebab tu ada doa, kalau dia jodoh kita, minta mudahkan, kalau bukan, jauhkan perasaan ni. Sebab tu ada istikharah. Kalau tak berbalas, tak jadi masalah sangat. Ni yang berbalas jadi masalah. Bila berbalas tu, sebagai manusia yang lemah memang kadang-kadang tu kita alpa. Tak tipu. Tanyalah mereka yang dah berkahwin, masa zaman bercinta dulu macam mana. (Macam dah kahwin je aku ni~hoho~lawak-lawak.) Sebab tu bila timbul je perasaan tu, minta dekat Allah petunjuk cepat-cepat. Kalau Dia bagi jalan mudah, jangan susahkan, Kalau Dia bagi jalan susah, usaha lagi dan usaha. Sebab usaha tu menunjukkan siapa kita di mata Dia.

Well, buat masa sekarang ni, setakat ini aje yang aku ingin coretkan. Nanti di edisi lain akan aku coretkan lagi. Hehe.

 

 

Harap maklum. Aku bukan nak menggalakkan perkahwinan awal. Oh. Tidak sama sekali. Tapi aku nak berpesan, sekali hati tu dah ada main feeling-feeling ke jiwang-jiwang ke, janganlah dok layan je. Lain orang lain masanya untuk sampai ke detik itu. Allah dah tetapkan. Ada yang muda-muda lagi dah fikir. Ada orang dah setel semua baru fikir. Ada orang bila dah agak lanjut baru nak ambil tahu. Ada pula tu, tak ada langsung terfikir. Masa masing-masing tu ada. Ok? Hehehe.

 

 

p/s: Dua tahun lepas, bab ni, aku paling wat derk dan tak layan. Dulu sibuk cakap kat orang. Ha, amek kau.

Nak tinggalkan yang buruk tapi….

Salam.

Hai kawan-kawan.

Mood shock aku dah turun dah. Memang minggu lepas adalah minggu SHOCK. Lepas satu dan satu shock yang datang mendekati dan mengganggu. Tapi, dah semakin berkurangan dan semakin pulih dah mood shock tu. (^.^)

Kali ini aku berbicara tentang konsep ingin berubah. Signifikan juga dengan post Dia atau DIA? Ada satu hari tu, keluar dengan seorang teman. Berbicara tentang keinginan berubah ke arah kebaikan. Memang nak berubah ke arah kebaikan tu ada dalam diri tapi yang penting hati dan semangat kita untuk tinggalkan yang buruk dan yang tak elok tu. Pada pendapat aku, tak perlu la secara drastik nak berubah. Perlahan-lahan pun cukupla. Asalkan istiqamah. Ini tidak, berubah laju je, tapi tak cukup kuat hati tu dan semangat mudah luntur pula, tambah dengan tak istiqamah, haih~ apa nak jadi kalau gitu? Ibarat amalan kita la. Lebih baik kita istiqamah melakukan amalan sunat yang kecil-kecil dari buat amalan yang besar tapi tak istiqamah. Bak kata pepata Melayu la kan, “sikit-sikit lama-lama jadi bukit'”. Ye dok? Kan?

Statement yang paling kerap bermain difikiran mereka yang seperti aku ni adalah,

“Nak tinggalkan sekian-sekian, tapi kalau tak tinggalkan pun seronok juga”

Tak tipu dan aku akui, memang itulah yang acapkali bermain difikiran. Ada saatnya, kita rasa best bila kita buat kebaikan, tapi ada saatnya kita rasa best juga buat keburukan. Almaklumlah, hati kita ni bukanlah tetap. Cuma kena kuatkan semangat sentiasa. Susah tu memang susah, tapi tak mustahil. Boleh usaha perlahan-lahan. Kan? Contoh perasaan bergolak macam ni simple je. Aku bagi contoh orang yang suka mencuri. Bila dia nak tinggalkan amalan mencuri dia dan berusaha cari duit dengan cara yang halal, terasa macam seksa juga cari duit cara halal sebab dah selesa dengan dapat duit cara mudah. Tapi dalam hati tu kerap mengingatkan diri sendiri, jangan mencuri, parah kalau tertangkap, lebih baik dapat duit cara halal, tak susah hidup kelak. Peperangan dalam diri tu peperangan kita yang paling besar sekali sebenarnya. Hati kita tak sentiasa tenang, tapi berilah makanannya dengan zikir dan selawat. Ye dok?

Hati kita ni sentiasa berbolak balik kerana janji Iblis pada Allah S.A.W untuk menyesatkan kita. Berlawanla dengan diri sendiri untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tak ada ruginya kalau kita berusaha. Kalau kita tak lawan diri kita dan ikut je kehendak nafsu dan hati kita, lama-lama syaitan sendiri takut dengan kita. Yela, jahat-jahat dia pun tak semacam kita. Lupa segala-galanya, ikut kehendak diri semata-mata. So, macam mana? Siap sedialah untuk berperang dengan diri sendiri dengan amalan di dada dan amali feqah kita. Jangan sekadar ada ilmu tapi tak diamalkan. Tak rugi kita praktikkan, dan sekiranya suatu hari menjadi ikutan, pahala kita akan berganda.

 

 

p/s: Fighting cik Asma Amirah! Fighting. Make it worth a thousand chances of life you could live! yeay!

Relaks…..relaks….

Salam

Nak tulis hai kawan-kawan, tapi….tak boleh, sebab aku tak ada mood kanak-kanak riang tu.. Tengah serius ni. (Melawak je)

Kalau ikut perhitungan hari dah tiga hari rasanya. Tapi aku masih lagi mood shock. Tak perlu aku nyatakan apa yang buat aku shock sangat-sangat, yang penting aku masih terkejut.

Demi nak menghilangkan perasaan itu, lebih baik lah, aku tenangkan diri aku. Tak ada cara lain dah, dekatkan diri dengan Yang Esa. Sebab dalam keadaan ini memang Dia yang lebih arif. Aku hanya berserah diri dan segala harapan kepada Dia. Sepanjang dua tiga hari ini, tidur aku pun macam tak berapa tenang, aku jadi sedikit kelam kabut. Tak apa, ujian dari Dia, menguji kekuatan aku dan ketabahan aku. Relaks, cik kak oi! Relaks. Jangan terburu-buru, kay?

Ada hikmah bilik aku kena renovate minggu ni, sebab fokus aku lebih kepada bilik aku yang sekarang ini penuh dengan bau cat dan sangat sakit hidung menahan sakitnya….(semalam tidur memang tak aman). Jujurlah, ada juga shock tu kacau pelbagai benda dalam kepala aku, tapi, aku cuba dengan sedaya upaya untuk fikir benda lain. Dapat bilik baru memang best. Lagi cantik, lagi kemas. Memang nak hebohkan satu dunia je rasa. (Lari topik jap)

Aku tengah tunggu cuti sekolah ni! Bila la pula nak skype dengan my beloved sister, T-rex. Nak skype dengan family juga. Huhu. Memang terasa nak duduk kat rumah je sekarang ni. Nak relaks-relaks dengan semua orang, tengok tv ramai-ramai, main gusti dengan adik-adik, masak dengan T-rex ke Maban ke Budin ke Ah Chong (seriusly, memang nama panggilan terbaik). Waa~~ Kaklong rindu korang semua. Cepatlah cuti! Cepatla!!!! Tapi sekarang ni dah semakin sibuk, (yela tu), paling best sekali, aku ni sibuk dengan facebook je, walaupun dah tahu tak ada sebarang faedah sangat pun aku nak menatap profile aq dua tiga jam. (Aku suka tengok profile sendiri~poyo).

Seriusly, aku rasa aku tulis blog ni pun mesti bercelaru kan? Hoho. Relaks,relaks. Bak kata Cat Farish dalam cerita Rempit (kan? yang dengan Farid Kamil tu) “ Lek luuu~”. Tagline yang agak menarik la sebenarnya. Teringat pula kat kawan aku yang kami panggil dia LekLek ataupun nampak cantik sikit Lex2. No need to know who. Just teringat kat dia, sebab dia memang jenis yang relaks sokmo. Best jadi dia.

Dalam keadaan tak berapa nak tenang lagi ni, teringat kat kawan-kawan kat KJJ. Terutamanya Sabariah Salleh, Liyana Abdul Ghafar dan Ainaaul Mardhiyah. Wuu~ rindukan kamu, rindukan dorm kesayangan aku tu~. Paling aku rindukan kawan baik aku yang paling terbaik, Fatimatur Rifqah (Mator). Tak lupa juga kawan sepergaduhan dulu, yang selalu bajet cute, Mohd Anas. Aku rindukan kawan-kawan aku. Wishing them all can be here with me today. Seriusly, sangat-sangat rindukan kawan-kawan. Mator sayang, for sure, aku balik cuti nanti, aku cari kau cepat-cepat! Kalau kau sambut aku kat airport, lagi aku suka! Hoho.

Well, untuk kali ini, tak ada apa-apa sangat. Sekadar meluahkan kerinduan. InsyaAllah disaat aku dah kembali stabil dan lebih tenteram, akan ku coretkan lagi, yerk?

 

 

p/s: Salji dah makin banyak, muka dah pedih-pedih sebab angin kuat sangat, jalan pun takut tergelincir.

Dia atau DIA?

Salam

Hai kawan-kawan…..

Sejujurnya, aku sedang dalam mood shock lagi sebenarnya atas beberapa peristiwa yang berlaku kepada aku dalam masa yang baru-baru ini. Namun, mood shock itu bukanlah satu halangan untuk aku memencilkan diri. (Sengaja buat suasana saspens. Saspens tak? =p)

Oklah, kisah saspen ke tak saspen, kita keep in view, atau dalam singkatannye, K.I.V. (quite a popular abbreviation, kan?)

Ada satu hari tu, aku terbaca kat website iluvislam.com (sila click untuk baca), tentang berubah ke arah kebaikan. Jujurlah, sangat menyentuh perasaan aku. Biarpun situasi aku tak sama, tapi, perasaan itu ada. Semua orang memang pernah lalui zaman gelap masing-masing. Tak kiralah seteruk mana pun, pasti akan ada. Sebab dari situlah kita belajar bermacam-macam benda. Yes, aku mengaku aku nak berubah ke arah kebaikan tapi aku malu. Bila aku baca artikel tu, terdetik dekat hati aku, biarlah mulut orang, bicara orang, judgement orang, yang penting tu yang Di Atas Sana, Allah S.W.T. Itu yang penting sekali, ye dok?

Pernah aku keluarkan statement kan, kalau ikutkan perasaan nak lari jauh-jauh dari tempat sekarang ni dan pergi ke satu tempat yang semuanya orang yang aku tak kenal dan mulakan hidup baru. Sebab dengan cara itu kita boleh mulakan semuanya dari awal….tetapi, konfem malu nak pergi balik ke tempat sekarang ni. Sebab mereka yang kenal kita sebelum kita berubah dengan mereka yang kenal kita selepas berubah adalah orang yang berlainan. Kepada sesiapa yang pernah baca cerita Versus karya HLovate, pasti faham. Macam mana watak heroin tu (aku lupa nama dia), yang dulunya budak street, main skateboard, berpakaian seksi, sekarang ni dah bertudung labuh, baju labuh dan dah tak bergaul dengan lelaki, terserempak dengan kawan-kawan lama dia kat shopping compleks. Terbayang macam mana malunya dia nak berdepan dengan kawan-kawan lama dia (lelaki taw~), memang macam-macam yang bermain difikiran heroine tu tapi, kawan masih kawan. Kawan-kawan dia elok je lagi bercakap dengan dia, malah hormat dengan dia. Tu yang bagus. Memang aku dapat rasakan malunya. Bukan sebab buat benda tak elok ke apa ke, tapi itu masa lampau kita. Masa lampau yang ada kejahilan dan kegelapan kita. Nak tak nak, semuanya pernah berlaku dalam hidup kita. Kan?

Asalnya memang semangat aku turun bila fikir masa lampau aku. Tapi aku terfikir, artis-artis kat Malaysia, alhamdulillah ramai je yang dah berubah ke arah kebaikan. Contoh, Wardina Safiyyah. Sehinggakan dia mendapat jemputan untuk memberi ceramah kepada muda-mudi. Pada aku cabaran dia mungkin lebih hebat. Sebab hampir semua orang kenal dia (Malaysia je la~), pelakon Spanar Jaya dengan Zanbo, Ahmad Idham, dan lain-lain masa zaman aku sekolah rendah dulu. Selepas dua tahun dia mendiamkan diri, keluar tv dah pakai tudung dah pulak…..series aku rasa mesti macam-macam cabaran dari media dan sebagainya yang dia lalui. Tapi dia tetap dengan pendirian dan pegangan dia. Sungguhpun dia menjadi pengacara tv ke pelakon ke (berlakon lagi kan?) dia masih menjaga segala batas. Selain dia, Irma Hasmie, Erma Fatimah, Shiela Rusly, mungkin ramai lagi yang aku tak tahu. (Highlight aku artis perempuan sahaja….. well, obviously la kan kenapa). Aku tak nak menilai benda-benda lain pada mereka. Urusan tentang diaorang masih lagi keluar tv, jadi itu, jadi ini, aku tak ada hak dan sama sekali tak layak nak menilai. Yang nyata lagi bersuluh, dengan kedudukan mereka sebagai artis, yang dikenali ramai, mereka tidak malu untuk berubah secara perlahan-lahan ke arah kebaikan. Bagus kan?

Melihatkan orang-orang macam ni, buatkna aku terfikir, dari mana datangnya semangat dan keyakinan mereka yang kuat dan kental tu. Dari Allah S.W.T. Meh kita sama-sama fikir.

Demi siapa

 

Well, aku cuma menulis apa yang tersirat di hati dan menyampaikan kepada yang membaca kerana rasa perlu untuk mengajak kawan-kawan aku berfikir. Maaf jika ada yang terasa.

Kesimpulannya mudah sahaja, fikirkan lah wahai diri…. (especially cik Asma Amirah seorang ni…. okay?)

 

 

 

 

p/s: Buat cik Asma Amirah, sila jaga diri anda baik-baik dan selamatkan diri anda sebelum terlewat, ye? Hehehe. Sayang awak, cik Slumberlady….(^_^)

Snow+Wedding?

Salam

Hai kawan-kawan! (seriously, this tagline is cute!)

Baiklah. Aku tak nak bercerita panjang sangat. Ini berkaitan dengan snow atau dalam bahasa melayu, salji. Well, memang jujur aku katakan aku agak rasa jakun ataupun batak dengan adanya salji ni. Tapi kawan-kawan aku kata simpan jakun tu untuk salji yang tebal. Sebab sekarang ni baru sikit. Hahaha. Ya Allah, terima kasih~

Sabtu semalam, aku buat eksplorasi mencari masjid di Moscow. Memorial Mosque, nama masjid tu. Agak gila juga la sebab pergi sendirian, dalam sejuk tanpa sarung tangan. Bajet kuatla nak tahan sejuk Moscow. Hahaha. Tapi kan, demi mencari masjid yang satu tu, aku tak rasa menjadi masalah. Memang aku mula-mula dah terasa macam sesat dah. Entah ke mana-mana entah aku berjalan. Siap tepon kawan tanya kat mana letaknya masjid tu. Nasib baik aku di route yang betul. Memang sejuk yang sangat-sangatla. Snow pulak ade la turun sikit-sikit. Alhamdulillah aku sempat solat zohor jemaah. Rezeki aku, sampai-sampai muazin tengah azan zohor. Lepas aku dah selesai solat apa sume kat dalam masjid tu. Azam aku, satu hari nanti kalau Ummi dengan Baba datang Moscow, nak bawa diaorang datang masjid ni. Seriously, it’s magnificent. Walaupun kecik je masjid ni, tapi pada aku sangat seronok. Sebab itu rumah Allah. Aku tak tipu. Saat aku jumpa je masjid tu,  Ya Allah, bersyukurnya aku. Dahlah, masa aku tengah cari toilet nak wudu’, ade seorang lelaki tegur. Mula-mula dia cakap russian dengan aku. Tapi bila aku macam blur dengan apa yang dia cakap, dia cakap arab pula. Mujur aku paham. (Mana tak nye, setakat cakap ‘kad ini untuk buka pintu bilik persalinan muslimat’). Hahaha. Dah tu, dalam perjalanan aku nak cari tempat solat muslimat, aku terjumpa pula kelas. (kelas fardu ain dan arab kut~ dan dan cakap terjumpa, padahal tersalah masuk pintu…..*malu*).  Haih~ di bumi yang asing ini yang lagi penuh dengan manusia yang sesat ni, bila jumpa masjid tu macam satu rahmat! Dekat pintu gerbang masjid tu terang tang-tang tertulis tulisan arab yang bermaksud “Ya Allah bukakanlah pintu rahmatmu” Masa nak keluar dari masjid tu pula, aku ada nampak orang perempuan duduk kat bangku. Depan dia ade seorang lelaki, membacakan ayat-ayat suci al-Qur’an. (susunan macam ma’thurat). Aku perhatikan perempuan tu dan menghayati apa yang lelaki tu bacakan, secara tak langsung aku nampak perempuan tu mengalirkan air mata. Aku pun sekali hampir mengalirkan air mata. Terharu pula tengok scene macam tu. Yang bestnya, time aku nak keluar, ramai budak-budak kecik dalam lingkungan 8-9 tahun keluar. (dah abis kelas fardu ain la tu). Tetiba rasa kesian kat diaorang. Syukur yang teramat aku kepada Allah S.W.T sebab aku dapat belajar asas-asas agama tanpa sebarang rasa takut atau terancam ataupun tersorok-sorok. Mana taknya, kat sini….haih~ need not to say. Alhamdulillah.

Sekarang ni kaitan dengan snow dan wedding. Masa aku nak balik ke rumah (perjalanan dari masjid ke stesen metro adalah selama 30 minit ye), ada dekat 4 pasangan pengantin. Seriously, aku tak faham sejuk-sejuk macam ni lagi ramai yang nak kahwin? Dress wedding dah la kaler putih, dah tu nak bergambar bagai kat park yang ade sisa-sisa salji. Tak faham aku. Signifikan salji tu aku nampakla sebab putih, tapi, for real, sejuk-sejuk ni? Aku yang siap pakai baju winter ni pun sejuk yang amat. Haha. Well, mat salleh la katakan. Aku tak nafikan berhampiran kawasan tu ade dekat dua church atau chapel (aku tak tahu apa beza dua benda ni tapi aku tahu dua-dua tempat ni boleh buat majlis kahwin ~bagi yang menganuti agama kristian~). Mula-mula dah bajet dah nak menyemak lalu kat depan limo-limo yang ada tu, tapi on second thought “Asma Amirah, awak gila ke? Nak kena hentam ke apa?” Exaggerate tak imaginasi aku? Tapi aku tak boleh tak bayangkan the worst since aku duduk tempat orang, tempat yang tak berapa suka Islam. Nak tak nak, aku tak bolehla nak bajet-bajet tak cuak. Hehe.

Itu jela sebenarnya yang aku nak cerita. Paling aku nak cerita sebenarnya pasal masjid tu. Sebab aku suka gila kat masjid tu. Seronok! Tak tipu……

Untuk pengembaraan aku kali ini yang aku dapat, tak kiralah orang tu macam mana, yang penting kita tengok pada solatnya dan bagaimana dia melaksanakan solat itu, bersungguh ka atau tidak? Sebab solat itu tiang agama dan solat itulah yang membentuk diri kita yang sebenar dalam sedar tak sedar. Tengok balik la kan diri kita dengan solat-solat kita. (Cakap untuk diri sendiri,,,itu yang paling penting ye cik Asma Amirah) Aku tak nafikan, dalam masjid tu aku jumpa ada seorang kakak tu pakai jubah hitam dan tudung labuh (this sister is so cute) dan ada seorang tu pakai skirt labuh dan baju kemeja yang ketat serta tudung dia, agak terkeluar rambut di belakang (this one is beautiful). Dalam hati aku terdetik, siapa aku nak menilai hamba-hamba Allah dalam masjid tu sama ada solat mereka diterima atau tak semata-mata atas apa yang aku nampak? Sebab yang tahu hanya Dia sebab Dia lah Tuan dan Tuhan kita. Terdetik dalam hati aku, yang penting mereka menunaikan kewajipan kepada pencipta, mengabdikan diri dan meluangkan masa untuk bertemu denganNya. Sedar tak sedar, sebenarnya aku pun lebih kurang je. Kan? Yang penting, hayati solat kita dan buat kerana kita tahu itu tanggungjawab dan keperluan rohani kita! Ye dak kawan-kawan? (Seriously this ‘kawan-kawan’ thing is so cute)

 

p/s: Dari buku La Tahzan Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, jangan tujukan pandangan anda ke sudut-sudut yang buruk dari kehidupan in, tetapi tujukanlah kepada sudut-sudutnya yang indah…(^_^)V

Perspektif yang berbeza

Salam…

Selamat hari raya aidiladha kepada semua yang menyambutnya, tak kira di mana sahaja anda berada, selatan ke timur ke barat ke utara. Asalkan sama-sama anda meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sempena hari yang mulia ini.(n.n)

Berdasarkan tajuk yang tertera di atas, aku ingin menulis tentang perspektif yang berbeza. Ini mungkin hasil perbincangan antara aku dengan seorang kawan semasa berada di St. Petersburg. (Orang yang sama je…lain tempat je). Seronok sebenarnya bila sekurang-kurangnya dalam sehari kita cuba fikirkan tentang kehidupan kita ni. At least kita memikirkan tentang diri kita dan siapa kita ini. Tak salah asalkan membawa kebaikan kepada diri kita. Kan, kawan-kawan? (Lama dah tak guna tagline comel ni~haih)

Kawan ini menceritakan tentang kisah tiga titik hitam. Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar atau baca cerita ni. Even ceritanya pendek pun, maksudnya dalam. Alkisah bermula dengan seorang cikgu yang masuk ke dalam kelas dan membuat tiga titik hitam di papan putih. Kemudian, dia bertanya kepada anak muridnya, apakah yang mereka nampak di atas papan putih itu. Seraya, semuanya menjawab tiga titik hitam. Kalau dalam kelas tu ada 40 orang pelajar, semuanya mempunyai jawapan yang sama. Aku nak tahu, apa yang ada dalam gambaran kawan-kawan? Kepada yang ada jawapan selain daripada tiga titik hitam, baguslah. Kepada yang masih hanya nampak tiga titik hitam, cuba tengok betul-betul dan fikirkan betul-betul apa yang sebenarnya terbentang atas papan putih tu…..

Fikirkan…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan berfikir…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan berhenti berfikir….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buka pandangan anda luas-luas…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perspektif anda sampai di mana?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masih tak nampak lagi?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Okay. Macam mana? Dah dapat dah jawapan lain selain daripada tiga titik hitam? Cuba tengok gambar kat bawah ni. (Ilusi untuk papan putih bersama tiga titik hitam)

3dots

Still, masih nampak tiga titik hitam? Tak mengapa. Kadang-kadang memang tak terjangkau fikiran kita nak fikirkan benda-benda di luar perspektif kita. Bukan salah sesiapa dan bukan salah diri sendiri. Aku pun pada asalnya hanya nampak tiga titik ni juga. Tak nampak dah benda lain, even aku cuba juga tengok apa yang wujud kat atas papan putih tu….haih~

Well, cuba kita fikirkan, punyala luas papan putih tu, tapi mata kita tertumpu pada tiga titik hitan tu juga, betul tak? Tengok. Setakat tiga titik hitam aje, kita dah jadi hilang tumpuan pada papan putih yang kaler memang sah-sah putih dan bahagian yang berwarna putih itu lebih banyak daripada yang hitam. Betul tak? Kenapa eh? Sebab yang hitam itu lebih nampak bezanya, kan? Begitulah kita seharian dalam kehidupan kita. Ibaratnya, titik hitam itu sebagai sifat atau perilaku sesiapa saje, kawan-kawan atau sahabat handai mahupun keluarga sendiri, yang kita tak suka ataupun yang buruk. Kita lebih nak melihat kepada silap dan salahnya orang lain. Betul tak? Sedangkan masih banyak tentang hamba Allah itu yang kita tak ketahui, masih banyak rahsia dirinya yang kita tak tahu.

Pernah, aku terbaca status seorang kawan, (kawan lain pulak ye) menulis : Kita senantiasa mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, sedangkan diri kita tidaklah sempurna mana, sedangkan diri kita masih lagi berbuat salah dan silap. Berhentilah mencari keburukan orang lain dan carilah kebaikan mereka.

Aku setuju sangat dengan status kawan aku ni. Aku mengaku kadangkala aku juga tak lari daripada melihat lebih kepada kesilapan dan kesalahan atau keburukan orang lain. Sebab, aku hanya hamba Allah yang masih lagi mencari jalan pulang, yang masih lagi perlukan bimbingan. Memang kita semua takkan lari daripada untuk melihat keburukan orang lain sebab itu adalah salah satu usaha Iblis untuk memecah belahkan kita. Iblis membuatkan kita mementingkan ego dan emosi kita berbanding iman dan kewarasan kita. Almaklumlah, kehidupan ini penuh cabaran dan dugaan. Bak kata kawan aku yang sorang ni, boleh je Allah jadikan kita tanpa perasaan, boleh je Dia jadikan kehidupan kita tanpa sebarang dugaan dan ujian, tetapi, Dia jadikan semua ini untuk melihat ketaatan dan keyakinan hamba-hambaNya. Bersyukurlah kita atas segala nikmat kurniaan-Nya. (^_^)

Pesanan kali ini, buat diri sendiri dan kawan-kawan,

Luaskan perspektif pemikiran anda, teruskan berlayar dan mencari keredhaan-Nya, jangan mudah putus asa dan ingat, Allah menyayangi mereka yang sentiasa mengingati-Nya~

Kawan ini pernah berkata,

“Manusia yang paling kuat ialah yang mampu menahan nafsu dan amarahnya….”
(Seriesly, ini hadis riwatyat siapa, aku tak ingat… mintak maaf banyak!)

 

 

p/s: haih~pandai je aku menaip dengan laju