Carian

Review bersalin Kajang Plaza Medical Center

Assalamualaikum

Aku buat post kali ni supaya dapat memudahkan ibu-ibu mengandung sekitar Kajang yang tengah cari hospital swasta untuk bersalin. Masa aku mengandungkan Mukhlis, agak susah nak jumpa review pasal KPMC ni. Mujur jumpa juga dua blog entri pasal bersalin di KPMC. Walaupun detail tak banyak, alhamdulillah banyak membantu.



Mehlah nak cerita sikit macam mana boleh bersalin di KPMC ni sedangkan banyak choices lain.



Asalnya decide nak bersalin kat PPUKM. Tapi pengalaman aku kat Russia yang jadi bahan contoh student buatkan aku rasa tak selesa nak lalui lagi proses begitu. Dan setahu aku hanya doktor on-call yang akan attend kita, which I don't prefer about. Based on survey, PPUKM memang tip top juga untuk bahagian Obstetric and Gynecologist dalam Malaysia ni. Dan sebenarnya memang aku suka servis kat PPUKM.

PPUKM ada Specialist Center (private sector yang tumpang di PPUKM). So, aku decide untuk bersalin di private sector ni. Tapi, female doctors sentiasa fully booked up to two months earlier. Kalau ikut suami, dia kata kalau memang keadaan memaksa, nak buat macam mana. Tapi aku rasa kita masih boleh buat pilihan dan cari yang terbaik. Jadinya, aku pun mencarilah hospital/klinik swasta yang reviewnya bagus.

KPMC memang tak ada dalam senarai asalnya. Jadi terlintas sebab terjumpa ada orang buat senarai pilihan tempat bersalin. Bila dah terjumpa pasal pakej bersalin KPMC, aku pun mula survey. Memang susah sikit sebab tak ramai yang buat review. Kalau ada pun empat lima tahun lepas.

Bila dah finalise top two yang aku nak, aku bincang dengan suami dan kami buat keputusan untuk pilih KPMC.

Memandangkan ini post pasal review, aku buat ringkas je. Cerita panjang-panjang entri lain.

1. Doktor

Sepanjang aku cari review, aku banyak jumpa yang dapat rawatan dari Dr. Anita, doktor pakar. Ada seorang lagi, Dr. Mimi tapi medical officer. So, masa call nak buat first appointment, aku inform yang aku nak Dr. Anita.

First appointment, aku suka dengan Dr. Anita. Dia jenis yang teliti. Bila aku cerita yang aku ada masalah short cervix, dia terus buat keputusan untuk check cervix aku. Dan dia siap suggest aku untuk ambil cucuk Dexamethasone untuk matangkan paru-paru baby incase baby lahir premature. Dia sendiri cakap dia pakar kat Hospital Kajang. So, aku memang yakin yang dia banyak pengalaman dan bagus.

Masa bersalin pun, doktor tunggu dari tengah malam sampai Subuh. Dia habis jumpa patients dalam pukul 12 malam juga rasanya, tapi dia tak balik sebab tunggu aku bersalin. Yelah, dia juga yang akan pecahkan ketuban dan sambut baby.

2. Servis

Sepanjang aku check up dan masa bersalin, semuanya aku rasa ok. Mungkin ada sikit-sikit bab teknikal kurang, tapi pada aku semua tu boleh dibaiki. Nak tanya bergelen soalan pun diaorang tak kisah. Nurse semua jenis mesra dan suka senyum. Masa bersalin pun, nurse sangat alert biarpun jam 2, 3 pagi. Arahan dan bantuan masa bersalin pun pada aku sangat okay. Mudah faham dan aku tak stress.

Bagi aku servis diaorang memang okay sangat. Maybe sebab aku bukan jenis komplen banyak. Suami pun sama. Hehe.

3. Bilik

Aku ambil bilik single je. Single yang paling murah. Cukuplah untuk tidur semalaman. Lagipun aku bersalin normal dan tidak ada masalah apa-apa, discharge on time.

Bilik aku ada katil, ada day bed yang simple, almari drawer, tv dan bilik air. Saiz bilik tak besar mana, kecil tapi pada aku okay dah sebab yang datang melawat pun family aku je. Memandangkan bangunan KPMC bangunan lama, ada  sikit kesan-kesan bangunan lama, macam cat pada dinding lusuh, bekas air pada siling (sikit je). Aku okay je sebab boleh tidur dan tak mengganggu aku pun. Bilik air dalam bilik pun aku dah cukup suka. Cuma masa mula-mula nak guna water heater aku terkial sikit sebab water heater lama.

Again, aku dan suami bukan jenis demand dan kami terima apa seadanya yang pihak KPMC mampu berikan. Alhamdulillah semuanya memuaskan hati.

Overall, aku rasa puas hati dan aku recommend pada mereka yang nak simple-simple. Lagipun harga pada aku paling murah dari survey yang banyak-banyak. Murah tapi servis boleh tahan tip top. Dari sepuluh aku bagi sembilan. Sebab ada masalah dari segi teknikal yang boleh dibaiki. Aku tak reti sangat nak bagi rating ni sebenarnya, tapi aku rasa 9/10 tu bunyi aku memang sukalah. Kalau ada rezeki, mungkin aku pilih KPMC lagi.

1 ulasan

  1. salam... nak tnya berapa total kos bersalin di kpmc yea?

    BalasPadam

Komen