Carian

Hari Raya Aidiladha

Salam.

Bersempena dengan hari raya aidiladha ataupun name feymes dia raya haji atau raya korban, aq nak ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat manusia yang menyambut hari raya ni. Hehehehe.

Ok, sesi ucap mengucap tamat di atas sana. Kalu cakap pasal raya haji, konfem orang akan ingat aktiviti korban. Betul tak??? Memang best tengok korban. Sebagai manusia memang lah kita tak sampai  hati nak sembelih kambing ke lembu ke kerbau ke apa-apa haiwan korbanlah. Tapi Tuhan dah jadikan haiwan-haiwan itu sebagai makanan kita. Kalau ikutkan perasaan kemanusiaanlah, nak siang ikan pun aq tak sanggup, walaupun sah-sah ikan tu dah tak bernyawa.

Alhamdulillah tahun ni aq raya haji di rumah (excited!). Tahun lepas tak dapek, sekolah tak kasi balik. Dah cukup setahun famili aq pindah rumah baru ni. Tahun lepas dua hari sebelum raya haji, ummi dan semua orang pulun  angkut barang dari rumah lama ke rumah baru. (Sorry ummi, I couldn’t help!)

Raya haji di KKJ memang sungguh memorial. (Ayat jiwang seyh!). Pagi raye tu kami semua budak-budak SPM solat raya kat surau. Lepas tu kitorang amek gambar bersama bonda kami (pelajar perempuan je). Bonda kami, Puan Haznah pun tak balik raya sebab nak beraya dengan kami. Wah, terharunye. Ayahande , Tuan Haji Abdullah Jusoh pun beraya dengan kami. Cikgu-cikgu pangkat tinggilah yang beraya dengan kami. Lepas solat, kami pegi tengok korban! Dua ekor lembu. Aq tengok satu je. Sampai-sampai yang satu lagi tu dah dikorbankan. Well, perjuangan masih perlu diteruskan mase tu. Habis je korban, kami balik asrama sambung masukkan data dalam kepala otak. Hehehehe.

* * * * * * * * *

Tahun ni pulak, tak balik mane-mane. Sebabnye raya haji jatuh betul-betul kat tengah-tengah minggu. Tambah pula aq agak sebok. (Seboklah sangat ye?) Yang agak berbeza tahun ni, kami beraya di awal Subuh. Baba kejut semua orang pagi-pagi azan subuh sebab nak pergi surau! Excited pulak aq. Ikut planning, lepas Subuh nak pergi rumah Mokma (kakak Baba) yang memang just 5 minit dari surau tu. Memang pergi!!! As usual, kalau raya, Tok Ayah mesti ade di rumah Mokma. Kami sarapan di sane. Mula-mula ingat setakat nak beraya je, tapi Mokma offer makan lontong. Baba ni bab-bab makan jangan cakap. Hehehehe.

Raya korban kali ni memang satu hapa kami tak masak (tipu! aq je yang tak masak). Ummi dengan Achik masak nasi kampit dan kuah kacang. The rest kek-kek yang Ummi beli kat ofis. Tengah hari pulak kami makan nasi dulang di surau. *hepi gile* Aq memang suka bab-bab makan dalam dulang. Sebabnye makan tak banyak dan banyak sharing.

Image0306

Besar tak dulang tu? Kehkehkeh. Memang masyuklah makan. Dahla daging semata bersama nasi. Bawang je ade jadi sayur. Tapi memang seronoklah makan. Susah nak dapat aq excited bab-bab makan ni.

Image0307

Kami kat rumah pun sokmo jugak makan dalam dulang. Shortform dia, makan talam. Senang cerita. Tak payah nak sebut panjang-panjang. Tapi kat rumah tidaklah excited mane. Mungkin sebab lauk masak sendiri kot. Entah. Aq pun tak tahu kenapa aq excited sangat. Kalu aq excited, Ena pulak overdrive excited. Tengok kakaklah kan.

Malam raya pulak pegi rumah Moklong di PJ. Kalu pegi Moklong, memang enjoy habislah. Mane taknye, Moklong punya air tangan memang fuhh! masyuk!. Walaupun sedap lagi masakan arwah Tok Mek, tapi ke mane tumpahnye kuah kalu tak ke nasi? Moklong masak macam-macam. Ade kek carrot, ade cupcakes, ade soto, ade daging goreng, macamlah. Kak Safiah pulak, bikin dadih dan coklat. Fuhh! memang hilang terus gastrik aq.

Agak meriah lah di rumah Moklong. Mokma ade, Tok Ayah ade. Bila sesama sepupu bertemu, jangan cakap masuk air, ke angin ke, entah berape banyak wayar yang putus. Kahkahkah. Macam-macam benda yang boleh dijadikan bahan. Enjoy betul lah. *hepi gegile*

 

 

 

p/s: time-time macam nilah nak enjoy habis-habisan. lepas ni nak serabut balik otak!