Carian

My style of pantang

Hari ini genap 30 hari aku bersalinkan anak kedua. Cerita kali ini adalah pasal aku berpantang.

Cara aku berpantang boleh dikategorikan sebagai pantang moden. Ummi dan Ibu (mak mertua), dua-dua tidak strict mana dalam berpantang: dari segi pemakanan mahupun bab jamu-jamu. Yang paling penting pastikan badan kekal sihat dan segar.

Antara perkara yang aku buat masa pantang:

1. Minum air akar kayu

Masa berpantang untuk anak pertama dulu, memandangkan aku berpantang di negara orang, jauh di Bumi Soviet di Rusia, Ummi kirimkan akar kayu. Akar kayu ni ramuan tradisional yang disediakan oleh mak saudara aku yang ada di kampung. Orangnya sembilan orang anak dan masih gagah. Ummi siap pesan kalau rasa payau atau pahit campur sikit dengan madu. Bila try minum, rasa dia okay je. Campur madu bagi ada rasa, sebab pada aku rasa dia kosong. Macam minum air kosong Air akar kayu ni kalau ikut adat berpantang, perlu minum selama 44 hari berpantang tak silap. Tapi aku habiskan satu paket sahaja. Tahanlah 30++ hari.

Bagi aku, amalan akar kayu mungkin tidak berapa dipandang penting oleh orang-orang moden tapi aku percaya amalan-amalan orang dulu-dulu ada yang baiknya kita boleh ikut. Aku enjoy dan suka minum air akar kayu. Mungkin sebab dia tak berbau dan rasa pun tidak menyeksakan, aku tidak ada masalah untuk konsisten minum selama 30 hari. 

2. Sapu minyak herbanika Nona Roguy dan pakai bengkung

Ummi yang belikan bengkung masa aku mengandungkan Wildan dan pos ke Russia. Aku agak teruja masa Ummi whatsapp dan cerita dia nak belikan bengkung. Entah kenapa aku teruja tapi memang lepas bersalin, pakai bengkung buatkan aku rasa selesa. Mungkin sebab selama mengandung perut padat, bila sudah bersalin tiba-tiba perut kosong dan badan terus jadi ringan (hilang 10 kilo dalam masa seminggu), memang rasa terhuyung hayang macam ringan sangat badan. Bila aku pakai bengkung baru rasa badan sedikit pada macam masa ada baby dalam perut. 

Ummi belikan bengkung tradisional yang bertali panjang dan aku terpaksa google untuk cara pakai. Bengkung ni juga aku pakai pergi exam lepas dua minggu bersalinkan Wildan. Minyak Nona Roguy pun Ummi belikan dan dipos. Kali kedua berpantang ni, aku beli juga Minyak Nona Roguy dan tambah krim barut. Wah! Memang seronok pakai bengkung.

Aku pakai bengkung bukanlah ketat-ketat dan aku pakai bengkung atas pilihan sendiri. Lepas seminggu dua, Ummi ada bagitahu kalau rasa dah panas atau tak selesa, boleh dah perlahan-lahan kurangkan pakai bengkung. Tapi serius aku sendiri selesa, ada 3-4 minggu aku maintain pakai bengkung sampailah saatnya aku rasa dah boleh tanggalkan bengkung.

3. Rehat sehabis baik semasa minggu pertama

Kenapa seminggu pertama? Sebab aku tak boleh nak tahan sangat tengok keadaan rumah. Aku bukanlah jenis yang duduk diam. Cukuplah tiga bulan terakhir semasa aku mengandung aku terpaksa bedridden. Bukanlah tak ada orang nak buat kerja-kerja rumah, cuma kadang-kadang cara kerja dan perlaksanaan tu tak sama dengan cara aku. Lagipun semua orang kerja dan tak banyak masa di rumah macam aku. Aku selesa untuk buat kerja-kerja rumah yang ringan-ringan. Semua kerja yang berat aku masih serah pada orang sampailah aku habis berpantang.

4. Tidur waktu baby tidur

Ini adalah antara nasihat kebanyakan mak-mak sebab memang pada peringkat awal selepas bersalin, masa kita tidur adalah masa baby tidur juga. Kita yang bersalin masih perlukan rehat, ditambah lagi dengan menyusukan anak (bagi mak mak yang menyusu badan). Memang tahap kepenatan tu susah nak cerita dan susah untuk orang lain nak faham. Kekuatan yang mak mak ada selepas bersalin sebenarnya satu bentuk 'miracle' yang Allah bagi sebab masih boleh bertenaga dan boleh buat kerja-kerja rumah walaupun dalam pantang. Cumanya dalam pantang tu berjaga-jaga sikit sebab tahu badan kita masih belum kembali normal. 

Pengalaman bersalin mengajar aku juga sebenarnya. Masa lepas bersalinkan Wildan ada dekat dua minggu pertama aku jadi macam baby, tapi lepas bersalinkan Mukhlis kali ni, aku jadi baby dua tiga hari pertama je. Sebab dah ada rutin dan anak yang besar tu kena ada orang jaga.

5. Berurut

Selepas bersalinkan Wildan memang tak buat mengurut langsung sebab duduk tempat orang. Aku memang suka berurut dari zaman bujang. Cuma kesal sikit masa berpantang anak sulung tak dapat nak buat. Sebelum bersalin aku dah buat survey sejak tahu short cervix, sebab takut terbersalin awal. Akhirnya aku ambil tukang urut dari kedai spa belakang rumah je. Spa ni pun guna produk Nona Roguy, itu yang buat aku berminat dan pakej dapat bertungku dan mandi herba.

Personally, berurut lepas bersalin banyak membantu sebab pengalaman aku yang tak berurut lepas bersalinkan Wildan dulu, sepanjang aku mengandung kali kedua aku kerap  sakit pinggang. Dari perut tak ada sampailah memboyot. Aku tak boleh berdiri lama, aku tak boleh buat kerja rumah banyak, sedih sangat rasa. 9 bulan mengandung, hampir 9 bulan juga aku sakit pinggang.

Secara ringkasnya inilah my style of pantang. Bab makanan aku jaga dari segi makanan yang berminyak, buah dan sayur exotic, air sejuk dan berais. Yang mana aku rasa tak boleh, aku cuba elakkan. Masa kat Russia, tanya doktor makanan apa yang tak boleh makan dan jawapan doktor simple, kalau baby okay, then it's okay to eat. Ummi dan Ibu pun cakap benda yang sama, kalau baby kembung atau nampak tak kena, check apa yang aku makan.

Aku kalau boleh berpantang tak nak sampai menyusahkan orang sebab both Ummi dan Ibu masih bekerja dan suami pun bukan boleh cuti lama-lama. Mujur sepanjang pantang Wildan tak ada meragam macam sebelum bersalin. Dia nampak aku tak boleh layan dia, dia cari orang lain untuk minta buat susu ke nak bermanja. Wildan pun pandai bawak diri bila bosan sama ada melukis atau main masak-masak offer masakan dia.

To me, nak berpantang style macam mana ikutlah, asalkan bagus untuk kita dan baby. Aku buat survey juga pasal pantang ni dan bermacam jenis aku jumpa mengikut budaya dan adat. Pernah juga terfikir kalau bukan orang Melayu, bukan di Malaysia, agaknya macam mana budaya berpantang diaorang?


            Baca: Ayam Masak Halia

Tiada ulasan

Komen