Carian

Wildan Potty Train Journey

Assalamualaikum.

InsyaAllah tahun ni Wildan mencecah 4 tahun.
Tahun ni adalah tahun intensive preparation untuk tadika next year.

Kami dah pakat nak hantar Wildan tadika umur 5 tahun atas banyak faktor. Salah satu faktornya nak homeschool dan prepare Wildan betul-betul untuk tadika. Kebanyakkan nak prepare dari segi life skill.

Sejak Wildan umur 2 tahun lagi dah berfikir-fikir pasal tadika ni. Siap cari playschool untuk dia. Cumanya kat Malaysia playschool banyak diusahakan oleh parents sendiri (buat playdate, berkumpul di rumah) dan bukan pusat-pusat tadika. Kalau ada pun, mostly aku tengok dah macam sekolah sebab pagi sampai tengahari dan macam pack jadualnya. Aku nak cari yang masa cuma satu jam lebih dan ada penglibatan ibu bapa, sebab itu maksud playschool. (Ini nanti ulas kat entri lain)


Satu perkara yang betul-betul aku nak Wildan pandai sebelum masuk tadika ialah pengurusan diri sendiri: pakai baju dan seluar, makan sendiri, basuh tangan, cuci diri selepas membuang.

Bila hantar anak ke tadika, seboleh-bolehnya aku tak nak susahkan cikgu-cikgu dia, nak Wildan independent. Paling penting, tak naklah cikgu dia pulak jadi pengasuh tukarkan lampin dia atau cucikan dia membuang kan? Nampak macam benda kecik tapi bayangkan satu kelas tadika handle 10-15 orang budak cikgu pula sorang. Tengah kelas ada budak nak pergi tandas, cikgu nak kena teman dan cucikan ke?

TADIKA dan TASKA adalah dua tempat berbeza.

Wildan Potty Train Journey

Maka bermulalah misi potty train Wildan.

Wildan start potty train secara serius lepas adik dia lahir, tahun 2016. Dalam dua minggu selepas. Umur Wildan 2 tahun 5 bulan. Siap beli potty trainer yang tapi Wildan tak suka guna. Lol.

Pertama-tamanya aku psycho Wildan. Haha. Psycho maksudnya instill (tanamkan) pemikiran yang dia tak perlu pakai pampers siang. Ada dalam dua hari ke seminggu sebelum mula potty train aku pesan berulang kali setiap kali tukar lampin dia yang dia tak perlu pakai pampers dah. Ulang dan ulang tanpa jemu. Sebab subconscious mind (minda separa sedar) budak-budak sangat kuat.

Accident terlepas? Ini biasa dan normal. Jiwa dan hati kena kental. Haha.

Cuma dalam setahun sepanjang 2017, dia berak mesti nak pampers. Pujuklah macam mana, tak nak juga pergi toilet. Banyak kali dah ajar guna toilet tapi dia memang akan tahan dan sanggup tunggu pakai pampers. Kadang-kadang sanggup berguling nak kan pampers. Ada je masa-masa berjaya pujuk untuk guna toilet tapi kebanyakkan masa mesti nak pampers.

Selepas setahun Wildan cuma berpampers malam dan untuk berak, kami buat keputusan untuk off pampers for good. Susah mungkin sebab Wildan budak lelaki dan berdasarkan percubaan-percubaan sebelum ni, dia akan jerit dalam tidur nak kencing atau terjaga sebab dah kencing. *tepuk dahi*

Antara langkah yang kami buat ialah:

1. Rutin tidur.
Sebelum tidur pastikan dia kencing. Suruh juga walaupun dia tak ada nak kencing. Ini sebab dia masih lagi minum susu sebelum tidur. Bila dia minum susu, memang akan terjaga tengah malam untuk kencing.

2. Bangunkan dia untuk kencing dalam pukul 3-4 pagi.
Sebab ini time-time dia kencing. Kadang-kadang dengar dia jerit atau marah, tahulah dia nak kencing. Berlari lah bawak pi toilet. Ada juga harinya, langsung tak bangun tak nangis, dah basah katil.

3. Cut down susu sebelum tidur.
Yang ini kena jiwa kental. Sebab kalau dia tak dapat susu dia punya merengek tu lama dan mengganggu Mukhlis tidur. (Masih dalam proses untuk kurangkan susu)

4. Lapik katil.
Memandangkan Wildan minum susu sebelum tidur, kemungkinan dia terkencing memang tinggi. So, kami buat lapik supaya tak terkena tilam. Itupun kadang-kadang lapik beralih sebab Wildan tidur lasak. Jawabnya basuh jelah cadar.

5. Buku potty train.
Masa Big Bad Wolf 2017 hari tu ada beli set buku, dalamnya ada buku potty train. Somehow bila baca part potty train tu, Wildan sangat teruja dan lama-lama dia nak pergi tandas buang air besar sendiri! No more pampers.

Wildan Potty Train Journey


6. Psycho dan psycho.
Ini memang kami buat lagi. Cuma tak sekerap dulu (?) Tapi selalu cakap dengan Wildan yang dia kena bangun kalau nak kencing tengah-tengah malam. Kadang-kadang pesan, dia tak boleh minum susu sebelum tidur sebab nanti kencing malam. Teknik ni memang penat sebab akan ulang banyak kali dan makan masa juga.

Alhamdulillah. Dah nak masuk dua bulan kitorang tak pakaikan pampers. (Backup pun tak ada) Pergi tandas buang air besar sendiri dah pandai, tapi part basuh masih kena ajar sikit-sikit.

Mommies yang struggle untuk potty train anak, especially boys, aku cadangkan invest in potty train book. Apa-apa jenis pun boleh. Sebab yang mempercepatkan proses kami boleh yakinkan Wildan untuk berak dalam toilet adalah buku ni. Mungkin bila dia baca, dia rasa kena buang kat toilet, baru nampak cool (?) macam dalam hero buku dia baca. Haha.

Wildan Potty Train Journey
Macam page ni Wildan suka sangat dapat pilih potty. Haha


InsyaAllah hopefully dapatlah membantu mereka-mereka yang struggle nak potty train anak, especially boys dan yang masih minum susu malam.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan

Komen